Tiga

Tarikh beli kain : 30/05/2010
Lokasi kedai : Indian Silk Store, Bangalore.


1- Bahagian Palu

Lebar lebih kurang 1 meter.

Zoom sisi.

Sempadan antara bahagian Palu dan Inside.



2- Bahagian Fall (Tepi)



It's clover. Siapa tak suka clover empat kelopak?

In action.

3- Bahagian Inside.

Lebih kurang 4-5 meter.

Corak clover I.

Corak clover II.

4- Bahagian Blouse.

Lebih kurang 1 meter.

Zoom in.

5 - Cara jahitan.
.
.
.


1- Baju dibuat daripada bahagian Inside.
2- Kainnya dijahit seperti kain batik dari bahagian Palu. Jenis kain ini jorjet.
Jadi jatuhnya cantik.

-------

Beza dengan kain sebelum ini, kain ini satu cara jahitan ini sudah memadai. Ia cantik!

Untuk menggunakan baki kain seterusnya, (kerana bahagian inside sepanjang 4 meter), bolehlah dijahit baju lain seperti kebaya untuk match-kan dengan kain tadi)

:' )


Harga : Rm 160.

Dua

Tarikh beli kain : 29/05/2010
Kedai pembelian : Indian Silk Store, Bangalore.

1- Bahagian Palu


Bahagian Palu untuk sari ini adalah fern leaves.
Ia pecahan dari jaringan pern di Bahagian Inside.


Zoom.

2- Bahagian Fall

Kelim untuk sari ini tidak begitu di-fokuskan.
Ia seperti hujung kain baju kurung.


Kalau mahu corak dekat dengan hujung, potong saja. :')

Perspektif lain.

3- Bahagian Inside

Bahagian ini sepanjang +-5 meter.

Motif bunga yang digunakan.

Motif bunga II.


4- Bahagian Blouse


Bahagian Blouse ia seperti bahagian inside, kecuali tiada motif daun paku pakis.
Ada garisan membahagikan bahagian ini. Lebar ; kurang 1 meter.



5- Cadangan Jahitan

Pertama

Serius cakap, begini saja dah cukup cantik!
Kain dia lembut sangat-sangat, elok saja jatuhnya.

1- Bahagian Inside dijadikan baju dan kain kurung.

Kedua


1- Bahagian Inside dijadikan baju Kurung Kedah.
2- bahagian kain, boleh ambil daripada Bahagian Inside, atau Bahagian Palu.


Ketiga

1- Bahagian inside dijadikan baju dan kain kurung.
2- Bahagian Blouse dijadikan kipas.


------

Seperti Kain Satu, jika dijahitkan cara Pertama dan Kedua mahupun Ketiga, akan ada baki kain yang mungkin cukup untuk membuat lebihan satu lagi baju kebaya/ baju kurung/ lain-lain untuk dipasangkan dengan kain yang sama.

Harga : RM 175

Satu.

Tarikh beli kain : 29/05/2010.
Kedai pembelian : Soch, Bangalore.

1. Bahagian Palu.


2. Bahagian Fall.


Bahagian sisi diletakkan labuci kecil hitam.



3. Bahagian inside.

Bahagian ini sepanjang 5 meter.


Motif bunga lily adalah dominant. Saya suka lily!

4- Bahagian Blouse.


Ini adalah bahagian untuk blouse. Tetapi, untuk dijahitkan baju kurung, bolehlah dibuat bahagian lain. Kipas, misalnya.

-----

Gabungan ketiga-tiga bahagian.


5- Cara jahitan.
Pertama.

1- Bahagian inside adalah baju kurung.
2- Bahagian palu pula ditegakkan, dan menjadi separuh bahagian kain.
Seperti kain batik.

Kedua

1- Bahagian inside dijadikan baju kurung.
2- Bahagian palu dilintangkan dan dijadikan separuh bahagian bawah kain kurung.


Ketiga

1- Bahagian inside dijadikan semua baju kurung dan kain kurung.
2- Bahagian Blouse dijadikan lipatan kipas.

Keempat

1- Bahagian inside dijadikan baju kurung dan kain kurung.
2- Bahagian Palu dijadikan kipas.


-----

Sekiranya anda memilih cadangan jahitan pertama dan kedua, akan ada baki kain Bahagian Inside lebih kurang 2 meter. Anda boleh menjahitnya menjadi satu lagi baju kebaya, atau Baju Kurung Kedah (bahagian atas) untuk dikongsi dengan kain kurung satu tadi.

Bahagian Palu (Cadangan jahitan kedua) lebarnya lebih kurang -1 meter (tinggi). Anda mungkin perlu menambah bahagian pinggang ke separuh paha dengan kain bahagian Inside, agar bahagian luar yang nampak akan kelihatan corak.



Harga : RM 200.



Kenapa mesti kain sari.

Sari adalah pakaian tradisional masyarakat India. Selalunya, sari berukuran 6 hingga 6.5 meter.

Terdapat tiga komponen utama pada sari ;

1- Palu.

Bahagian paling jelas ketika sari dipakai. Selalunya di-design supaya jatuh dari paras bahu ke bawah (bahagian belakang)


2- The fall ( bahagian Jatuh (?) ).



Bahagian border (hujung) sesuatu sari. Beza dengan kurung, bahagian ini disengajakan tebal bagi menyelakkan koyak atau haus. Kerana sari akan dililit seluruh badan, dan sepanjang hujung sari akan terdedah pada geseran, tak seperti kurung, bahagian yang selalunya kerap haus hanya bahagian hujung kain.

Lebih seronok, selalunya bahagian ini akan dihiaskan dengan manik yang cantik.


3- The inside section (bahagian dalam).


Ini bahagian paling tidak dekoratif secara ekstrim. Kerana bila sari dililitkan, bahagian ini tidaklah begitu kelihatan. Kerana itu, bahagian ini sifatnya sederhana.

Sesuai untuk dijahitkan baju kurung :')


Accessory.


Blouse.

Corak blouse yang disediakan untuk sari ini.

Design dan warna blouse selalunya akan menyerlahkan lagi sari. Ia tidak seharusnya padan dengan warna sari. Boleh juga warna kontra, atau harmoni. Blouse boleh dipakai berlengan pendek, atau panjang.


Lebih kurang satu meter.


Dalam penjualan sari, selalunya kain untuk jahitan blouse akan dilampirkan sekali dalam 6 meter yang dijual. Sudah tentu, tiada gunanya blouse dalam baju kurung.

Tapi 1 meter yang coraknya berbeza ini cantik untuk menambahkan lagi signature atau ke-individualistik-an satu baju kurung.

-----

Sudah nampak? Sememangnya kain sari sangai sesuai untuk dijahitkan baju kurung!

Selamat memilih. :' )

Sekapur sirih.

Hai.

Nama kami Ayla's.

Ia adalah impian kami untuk memulakan sebuah perniagaan pakaian. Ayla's adalah nama lain untuk Pohon Oak, dan setiap sesuatu di atas bumi ini berimpian. Kami sangkut-kan impian kami pada nama Pohon Oak. Dan itu menjelaskan tajuk link, di atas.

Kenapa kain dan bukan pakaian siap?

Kerana, kami percaya pada kepuasan individual. Menempah baju sendiri, dan membeli baju yang dijahit pukal, rasanya tidak sama.

Selain itu, kami juga suka, untuk memberikan lebih variasi warna dan reka potongan dalam seleksi busana muslimah. Memang itulah, tujuan utamanya.


Kami harap blog ini akan membantu pelayar di dalamnya memperolehi baju impian masing-masing.


Selamat berbelanja dengan gembira,



Ayla's Team.