Kenapa mesti kain sari.

Sari adalah pakaian tradisional masyarakat India. Selalunya, sari berukuran 6 hingga 6.5 meter.

Terdapat tiga komponen utama pada sari ;

1- Palu.

Bahagian paling jelas ketika sari dipakai. Selalunya di-design supaya jatuh dari paras bahu ke bawah (bahagian belakang)


2- The fall ( bahagian Jatuh (?) ).



Bahagian border (hujung) sesuatu sari. Beza dengan kurung, bahagian ini disengajakan tebal bagi menyelakkan koyak atau haus. Kerana sari akan dililit seluruh badan, dan sepanjang hujung sari akan terdedah pada geseran, tak seperti kurung, bahagian yang selalunya kerap haus hanya bahagian hujung kain.

Lebih seronok, selalunya bahagian ini akan dihiaskan dengan manik yang cantik.


3- The inside section (bahagian dalam).


Ini bahagian paling tidak dekoratif secara ekstrim. Kerana bila sari dililitkan, bahagian ini tidaklah begitu kelihatan. Kerana itu, bahagian ini sifatnya sederhana.

Sesuai untuk dijahitkan baju kurung :')


Accessory.


Blouse.

Corak blouse yang disediakan untuk sari ini.

Design dan warna blouse selalunya akan menyerlahkan lagi sari. Ia tidak seharusnya padan dengan warna sari. Boleh juga warna kontra, atau harmoni. Blouse boleh dipakai berlengan pendek, atau panjang.


Lebih kurang satu meter.


Dalam penjualan sari, selalunya kain untuk jahitan blouse akan dilampirkan sekali dalam 6 meter yang dijual. Sudah tentu, tiada gunanya blouse dalam baju kurung.

Tapi 1 meter yang coraknya berbeza ini cantik untuk menambahkan lagi signature atau ke-individualistik-an satu baju kurung.

-----

Sudah nampak? Sememangnya kain sari sangai sesuai untuk dijahitkan baju kurung!

Selamat memilih. :' )